|
Lawatan Integrasi Murid SM | Perlis |
|
|
|
|
Written by Mohd Fauzli Ab. Latif
|
|
Wednesday, 23 November 2011 17:34 |
|
Progam lawatan integrasi ke Negeri Perlis telah diadakan pada 16 hingga 20 November 2011 melibatkan 20 orang jurulatih dan 40 orang pelajar sekolah menengah disekitar Kuala Lumpur |
|
Kursus Asas Renang Murid Sekolah Rendah |
|
|
|
|
Written by Mohd Fauzli Ab. Latif
|
|
Tuesday, 22 November 2011 09:49 |
|
Pada 13 hingga 16 November yang lepas, Pusat Kokurikulum Kuala Lumpur telah menganjurkan Kursus Asas Renang untuk murid-murid sekolah rendah di Kuala Lumpur. Seramai 30 orang pelajar sekolah rendah sekita Kuala Lumpur telah dipilih untuk mengikuti kursus yang dianjurkan ini. Penganjuran kursus ini adalah untuk memberi pendedahan awal kepada murid-murid yang berumur 7 hingga 12 tahun mengenai kemahiran asas renang. Seramai 6 orang jurulatih renang dari Persatuan Menyelamat Kelemasan Malaysia telah mengendalikan kursus ini. Antara pendedahan yang diberikan oleh jurulatih ialah teknik asas renang kuak lentang, kuak dada dan teknik menyelamat mangsa yang lemas. Di akhir kursus, peserta telah diuji untuk memastikan mereka layak menerima sijil water safety yang dikeluarkan oleh Persatuan Menyelamat Kelemasan Malaysia |
|
Perkhemahan Integrasi 1 Malaysia |
|
|
|
|
Written by Siti Noorain bt Jamaludin
|
|
Monday, 21 November 2011 15:42 |
|
Pada tarikh 10 November hingga 13 November telah berlangsung Perkhemahan Integrasi 1Malaysia Murid Sekolah Menengah peringkat negeri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 2011. Bertempat di Astana Dugang Country Resort, Desa Putra, Bangi, seramai 145 orang pelajar sekolah- sekolah menengah sekitar Kuala Lumpur telah menyertainya. Perkhemahan yang dianjurkan oleh Jabatan Pelajaran Negeri Wilayah Persekutuan KL melalui Pusat Ko-Kurikulum Kuala Lumpur dengan kerjasama Arkib Negara bertujuan untuk menerapkan konsep perpaduan 1Malaysia di kalangan peserta yang berbilang kaum. Di samping itu ia juga diharap dapat membina jatidiri pelajar sebagai rakyat Malaysia serta membentuk pelajar yang berfikir, berwawasan dan teguh menghadapi cabaran.
|
|
Last Updated ( Monday, 21 November 2011 16:15 )
|
|
Read more...
|
|
Program Pendidikan Biodiversiti |
|
|
|
|
Written by Mohamad Fitri b. Mohd Ihasan
|
|
Friday, 21 October 2011 14:48 |
|
Program pendidikan biodiversiti peringkat negeri telah diadakan selama 3 hari 2 malam bermula 18 hingga 20 oktober 2011 yg lalu. Bersesuaian dengan program pendidikan biodiversiti, Pusat Kokurikulum Kuala Lumpur telah memilih Institut Biodiversiti Jabatan Perhilitan, Bukit Rengit, Lancang, Pahang sebagai tempat berlangsungnya program tersebut. Seramai 31 murid sekolah menengah dari sekitar Kuala Lumpur telah terpilih untuk mengikuti program tersebut. Program ini juga dibantu oleh 6 orang guru pengiring. Di sana, peserta menjalankan aktiviti-aktiviti yang menarik seperti bird watching, kraf alam, kenali gajah, lawatan ke deerland dan malam kreativiti. Program ini cukup berjaya kerana telah mencapai objektif iaitu mendedahkan kepada pelajar tentang keindahan flora dan fauna serta menambahkan pengalaman kepada pelajar tentang alam sekitar.
|
|
Last Updated ( Friday, 21 October 2011 15:17 )
|
|
Read more...
|
|
|
|
|
|
|
Page 1 of 16 |